Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang berkelayakan,berpotensi,berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP).
Kategori Program
1.Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama 12 bulan/2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
2. Calon yang lulus PPISMP akan dianugerahkan Sijil Tamat PPISMP dan akan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) selama 4 tahun / 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Syarat kelayakan:-
1.Warganegara Malaysia
2.Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau sebelum 30 Jun 1994.
3.Calon mendapat gred cemerlang dalam 5 mata pelajaran di peringkat SPM
4.Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Cara Memohon:
Permohonan secara online melalui laman sesawang di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.
Tarikh Tutup Permohonan:
30 MAC 2014 (11.59 MALAM)
No comments:
Post a Comment